0
Your Cart

Ramai yang jual baju hujan claim “waterproof” tapi hanya berani tunjuk video demo tuang air guna botol air mineral dekat lengan je atau sembur-sembur manja guna hos dalam bilik mandi.

Lagi sedih: tunjuk “bukti” kalis air hanya dengan guna gambar—yang tak dapat membuktikan apa-apa pun.

Rupa-rupanya ada sesuatu yang cuba disembunyikan. Baru 10 minit pakai dalam hujan lebat—tak sempat nak sampai ke destinasi pun lagi—baju dan seluar kat dalam dah basah lencun!

Di sini lah kelainan Baju Hujan Riboot berbanding baju hujan yang lain.

Baju Hujan Riboot telah diuji berkali-kali dengan cara yang pelik dan luar biasa sebelum mula dijual di pasaran.

Walaupun tak pernah orang buat test baju hujan macam ni, tapi kami buat. Sebab kami tak mahu jual harapan palsu. Kami nak pastikan bila kami kata “kalis air”, baju hujan tu memang betul-betul kalis air dalam situasi hujan lebat yang sebenar.

Hasilnya? Baju Hujan Riboot lulus kesemua ujian tersebut dengan cemerlang.