Description
Bila pakai rasa ringan, selesa dan tak panas
Design yang padu serta diperbuat daripada fabric yang menggunakan teknologi W-DRY™. Menghalang air daripada masuk dalam masa yang sama membebaskan haba dari badan.
Lencun diluar, kering di dalam
Kebanyakan baju hujan di luar sana GAGAL untuk memastikan bahagian dalam tak basah walaupun material baju kalis air kerana bocor melalui lubang-lubang pada zip hadapan. Tetapi tidak dengan Baju Hujan Riboot v2 Heavyduty. Double vecro pada Baju Hujan Riboot v2 Heavyduty ini sangat kuat dan akan memastikan air hujan yang datang dari pelbagai arah tidak mampu untuk menembusi lubang-lubang kecil pada zip.
Double protection pada lengan
Feature WR Extender pada lengan ini akan menyukarkan air daripada menyelinap masuk melalui lengan baju. Jika ada air yang dapat masuk sekalipun, anda tak perlu risau kerana ada velcro strap yang diketatkan untuk memastikan air ini tidak naik ke atas.
Dari atas pun air tak boleh tembus
WR Hoodie dan neck-strap ini memastikan baju hujan ni tak bocor daripada atas. Pasang hoodie ini sebelum memakai helmet dan ketatkan neck-strap, kami jamin air hujan tak akan masuk melalui bahagian leher.
Seluar tak bocor celah kangkang
Feature seam-sealing pada seluar hujan Riboot v2 Heavyduty memastikan air tak tembus pada celah kangkang seluar. Kebanyakan baju hujan di luar sana memang akan bermasalah di bahagian celah kangkang seluar kerana seam-sealing yang tak kuat atau tiada langsung seam-sealing. Apabila seluar dijahit, jarum yang digunakan untuk menjahit seluar ini akan menghasilkan lubang-lubang halus pada seluar. Jika seluar hujan tiada seam-sealing atau seam-sealing itu tak berkualiti, lama kelamaan air akan masuk melalui benang-benang pada bahagian celah kangkang seluar.
Bergaya tanpa mengabaikan keselamatan
Feature reflektif pada lengan kanan yang memantul cahaya dalam gelap ini tidak terhalang walaupun menggalas beg. Sentiasa utamakan keselamatan anda kerana orang tersayang menanti anda di rumah.
Saiz boleh tukar sampai betul-betul muat
Jika baju hujan dah sampai dan saiz tak sesuai dengan anda, jangan risau. Kami akan tukarkan kepada baju hujan baru sehingga anda dapat saiz yang betul-betul sesuai dengan anda. Walaubagaimanapun, kami sarankan anda rujuk ukuran saiz di bawah terlebih dahulu.
Hujan lebat? No problem, redah sahaja!
Dikala orang lain terpaksa ‘melepak’ bawah flyover sebab tersangkut menunggu hujan berhenti yang tak tahu bila akan berhenti, anda boleh redah hujan lebat dengan selamba. Masa anda lebih jimat tidak terbuang begitu sahaja.
Reviews
There are no reviews yet.