Baju Hujan Riboot v1 (Set Lengkap)

(23 customer reviews)

RM199.00

Hujan lebat? No problem, redah je—  dengan (satu-satunya) baju hujan yang berani & BERJAYA buktikan claim ‘kalis air hujan’ menggunakan air terjun. Air tak tembus zip hadapan, seluar tak bocor di celah kangkang. Atas bawah satu set kering. Design yang direka khas buat para rider supaya kekal kering walaupun ride berjam-jam ketika hujan lebat. Ini baru betul baju hujan!

✔️ Saiz dari S sehingga 6XL!
✔️ Boleh tukar jika saiz tak sesuai
✔️ Wang anda dikembalikan jika baju tak kalis air

SKU: N/A Category:

Description

Bila pakai rasa selesa dan tak panas

Design yang padu serta diperbuat daripada fabric yang menggunakan teknologi W-DRY™. Menghalang air daripada masuk dalam masa yang sama membebaskan haba dari badan. Seam sealing pada seluar juga memastikan air tak bocor di celah kangkang.

Lencun diluar, kering di dalam

Kebanyakan baju hujan di luar sana GAGAL untuk memastikan bahagian dalam tak basah walaupun material baju kalis air kerana bocor melalui lubang-lubang pada zip hadapan. Tetapi tidak dengan Baju Hujan Riboot. Double vecro iaitu zip 2 lapisan pada Baju Hujan Riboot ini akan menghalang air daripada masuk melalui lubang-lubang kecil ini walaupun air hujan datang dari pelbagai arah.

Design extender di bahagian lengan juga memastikan air tak boleh masuk

Bergaya tanpa mengabaikan keselamatan 

Design reflektif yang memantul cahaya dalam gelap dan  tidak terhalang walaupun menggalas beg. Ingat orang tersayang yang menanti anda di rumah.

Saiz dari S sehingga 6XL!

Freegift untuk anda!

Percuma buff bernilai RM20 bagi setiap pembelian Baju Hujan Riboot

Hujan lebat? No problem, redah je!

Tak perlu lagi berteduh tunggu hujan berhenti bawah flyover atau bus stop

 

 

Additional information

Size

S, M, L, XL, 2XL, 3XL, 4XL, 5XL, 6XL

23 reviews for Baju Hujan Riboot v1 (Set Lengkap)

  1. Hazli

    Kualiti kain elok. Design tangan tu memang terbaik la senang nak buka.

  2. Syahrulizam

    Barang sampai terus testing tahap ketembusan air hujan baju ni, kepuasaannya boleh dipercayai

  3. Zikri

    The real baju hujan

  4. Fadilah

    Ni baru betoii baju hujann

  5. Syamsuzzaman

    Dah pernah beli..2 tahun masih tahan

  6. tiktokjugment

    aku baru beli, tak try lagi utk hujan, tp try pakai dah la, memang rasa premium. saiz pun ngam, penghantaran laju kilat, sehari dah sampai

  7. Syahmi

    BHYS (baju hujan yang sebenar)

  8. Anon

    Size ok semua…dah pakai ronda td …sejuk feeling je kain dia…hihihi

  9. Hailme Abdullah

    Barang dah sampai dengan selamat. Belum cuba lagi sbb belum hujan. Tapi yang lain2 memang mantapp

  10. Madkamalisa

    Saiz fit elok, fes time beli baju hujan harga premium mcm ni tapi setakat ni ini yang paling berbaloi

  11. Faryza felysya farrel (verified owner)

    Baju hujan dah sampai. Husb cakap sangat laa selesa tak berat tak panas sangat ❤️ berbaloi beli laa bila tengah sale harap bertahan lama ye . Sarung kasut tak try lagi kita add on je murah2 thanks sellers

  12. Amir Shafie (verified owner)

    Pencarian berakhir. Sebelum ni pernah beli baju hujan juga. Katanya waterproof tapi bila hujan lencun juga. Tapi yang ni terbaik! Hujan lebat redah sahaja!

  13. Ammar Abdullah

    Kualiti mmg terbaik..mmg terbukti seperti iklan..kepuasan 100%…

  14. izwan (verified owner)

    ni baru btol baju hujan…..x risau nk redah hujan lebat utk jangka masa yg pnjg…mmg terbaik dan berkualiti

  15. HADIYANA MD YATIM (verified owner)

    Saya belikan baju hujan ni utk suami saya. Suami keje di KL tp tinggal di Banting, so ulangalik setiap hari. Dia dah bnyk baju hujan sblm ni. Ada yg latest jenama terkemuka hrg smpi RM250+ tp bila guna tetap basah baju dan seluar. Tapi… Sejak dia pakai baju hujan drp baju hujan.com ni dia happy sngt. Hujan la lebat mcm mana pun setakat ni kering jer baju dia. Dia happy sngt. Bila dia happy, saya pun happy. Terima kasih kpd baju hujan. Com kerana menghasilkan produk terbaik dgn hrg marhaen ♥️

  16. Muhammad musa bin zakaria (verified owner)

    Baju dan seluar hujan yang pertama yang bukan sekadar muat tetapi selesa dipakai.kerana saya berbadan besar yang selalunya sempit dibahagian peha.alhamdulillah berbaloi dengan harga

  17. Shah (verified owner)

    So far pakai mmg terbaikk.. x bocor wpon hujan lebat jalan jauh..

  18. Syazwan (verified owner)

    Dah pakai redah hujan lebat. Alhamdulillah, tak basah dalam. Hood pon bantu elak air masuk dari kolar blkg. Very Recommended.

  19. Mohd Shafiq Ahmad (verified owner)

    Baju memang selesa. Risau juga order size M takut seluar xmuat. Tp alhamdulillah muat selesa angkat kaki. Panjang seluar dan labuh baju terbaik. Belum cuba time hujan lagi. Kalau sy x edit atau complain bermakna benar lah baju ni x tembus air. Apa2 pon tq utk gift.

  20. Luqman Farhan (verified owner)

    Baju hujan yang terbaik diabad ni! ni baru betul the real baju hujan! Tak sia-sia preorder! Kepada rider especially sangat recommended untuk dapatkan baju hujan yang sangat premium quality! Sangat sesuai untuk rakyat marhaen golongan B40 cam kita ni! ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

  21. Muhammad Iqbal nur bin nor azli (verified owner)

    memang tebaik, penghantaran laju

  22. Aminuddin sahak (verified owner)

    Sudah terima baju,penghantaran yg cepat sangat memuaskan tak sabar nak tunggu hujan,sudah cuba pakai ngam terbaik tak lah panas sgt.

  23. Shaifuddin (verified owner)

    Beli tak ngam size. Mintak tukar, laju je diorang bagi. Seller sangat membantu.

    Kualiti baju hujan memang terbaik. Kain tebal, design cantik, harga berpatutan dengan kualiti yg dapat. Berbaloi beli. Sangat recommended.

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *